- Back to Home »
- Abu Al-Qasim Al-Zahrawi
Posted by : Unknown
Minggu, 24 Maret 2013
Abu
Al-Qasim Al-Zahrawi yang hidup antara tahun 936 Masehi hingga 1013
Masehi adalah seorang saintis Islam terhebat yang banyak meletakkan asas
dalam bidang perobatan. Kemampuannya bukan sekadar dalam satu bidang
saja yaitu surgeri yang menjadi keistimewahannya, tetapi juga dalam
beberapa bidang lain. Antaranya pergigian,
penciptaan alat-alat pembedahan tertentu, pakar telinga, tekak dan
kerongkong, juga mencipta obatan-obatan. Sebagai seorang pakar bedah
yang terkenal ketika zamannya, beliau telah dilantik menjadi doktor
pribadi kepada raja Spanyol ketika itu ialah Raja Al-Hakam II.
Beliau
dikenal karena penemuan hebatnya dalam bidang perobatan terutama dalam
bidang surgeri. Satu perkara lagi yang menyebabkan beliau terkenal ialah
karena ensiklopedia perobatan beliau yang di kenal Al-Tasrif.
Ensiklopedia ini mengandung 30 muatan aspek sains perobatan.
Bagaimanapun daripada ensiklopedia ini, aspek yang paling penting ialah
buku mengenai surgeri. Buku mengenai surgeri ini menerangkan secara
terperinci mengenai pelbagai aspek perawatan melibatkan perawatan
pembedahan berdasarkan pembedahan-pembedahan sebenarnya yang pernah
dilakukannya. Antaranya, pengkauteran/lecuhan (cauterization),
mengeluarkan batu karang dari pinggang, perbidanan, pembedahan pada
binatang dan pembedahan mata, telinga dan kerongkongan.
Ensiklopedia
Al-Tasrif ini diterjemahkan pertama kali ke bahasa Latin oleh Gherard
dan kemudiannya diikuti oleh beberapa orang editor lain di Eropa. Buku
ini mempunyai beberapa diagram dan ilustrasi alat-alat pembedahan yang
digunakan pada zaman itu dan juga yang diciptakan oleh beliau sendiri.
Lebih
membanggakan lagi, ilmu yang dicurahkan oleh beliau telah menjadi
sebahagian daripada kurikulum perobatan di negara-negara Eropa sejak
berkurun-kurun lamanya. Penemuan dan juga hasil kerja Al-Zahrawi melalui
ensiklopedianya Al-Tasrif ini menunjukkan bahwa kepercayaan dunia Islam
ketandusan pakar dalam bidang surgeri salah sama sekali. Malah
Al-Zahrawi juga sebenarnya adalah orang yang bertanggung jawab
merekacipta alat-alat pembedahan. Tiga alat yang terkenal ciptaannya
ialah: alat pemeriksaan luar telinga, alat pemeriksaan luar theurethra
dan alat untuk mengeluarkan benda asing dari kerongkongan.
Al-Zahrawi
juga sebenarnya pakar mengobati penyakit menggunakan kaedah lecuhan.
Teknik ini digunakan di lebih 50 pembedahan yang dilakukannya. Tidak
sekadar aspek pembedahan, dalam bukunya Al-Tasrif, Al-Zahrawi juga
membincangkan mengenai penyediaan pelbagai jenis perobatan selain
penerangan komprehensif mengenai perawatan pembedahan yang mengkhusus
dalam bidang-bidang kerongkongan, Oftalmologi dan sebagainya. Beliau
juga menerangkan secara terperinci aplikasi beberapa teknik seperti
pejalwapan dan juga penyiringan (decantation). Beliau juga menerangkan
pelbagai bentuk pembedahan penting dalam bidang pergigian. Malah beliau
juga membangun teknik untuk menyediakan gigi palsu. Dalam bidang
perobatan beliau adalah orang pertama yang menerangkan secara terperinci
mengenai penyakit pelik - hemofilia.
Melihat
sumbangan-sumbangan Al-Zahrawi, tidak dapat disangkal lagi, pengaruh
beliau dalam bidang perobatan dan juga pembedahan telah meletakkan asas
utama dalam perobatan terutama bidang surgeri serta mempengaruhi bidang
perobatan secara keseluruhan. Malah menurut penulis Sejarah Perobatan
Arab - Dr. Cambell, asas-asas yang diletakkan oleh Al-Zahrawi dalam
bidang perobatan ini sebenarnya melebihi apa yang disumbangkan oleh
saintis perobatan terkenal Galen dalam kurikulum perobatan Eropa. (Fatah, Gojali, Riri, Vivi, Nana)